Halaman

Thursday 12 June 2014

~ UNR VS INSAN MISTERI ~

Ya Allah ,
Bimbingku ni ,
Beriku diriku ketenangan abadi ,
Ya Allah ,
Andai dia jodohku ,
Tunjukkan diriku jalan agar Dia menjadi miliku ,
Ya Allah ,
Andai dia jodohku ,
Kau tetapkanlah imanku . .
Ya Allah ,
Andai dia jodohku ,
Kau sabarkanlah diriku . .



Andai dia bukan jodohku ,

Kau hilangkan segala kenangan bersama Dia agar 
diriku setia pada yang satu ,
Andai perpisahan yang terbaik buatku ,
Kau peliharalah Dia ,
Kau pertemukan Dia dengan orang yang terbaik buat diriNya  . . 

Wednesday 11 June 2014

Setiap hubungan ada kenanganNya . .

Perkenalan diriku dengan capital ' MSS ' bermula 28/1/2013 ,
Pada mulanya ,
Alhamdulilah semua berjalan lancar dan mula kami berkawan ,
Cuba mengenali diri masing-2 ,
Bagiku si dia adalah lelaki yang hampir sempurna di hati ini ,
Kerana diriku bukan jenis memilih sangat ,
Asalkan dia ikhlas dan dia sentiasa mendorong diriku ke arah kebaikan,
Semakin hari diriku mengenaliNya,
Timbul lah satu perasaan yang biasaNya akan kita rasa iaitu RINDU ,
Rindu ingin tahu tentangNya dan segalaNya ,
Sehingga kini dia pergi tanpa tiada khabar berita ,
Diriku sedih . . 
Entah lah kenapa bila hati mula melangkah untuk mendapatkan kebahagiaan,
pasti akan terkandas di tengah jalan ,
Myza tak pernah salahkan dia dan sesiapa ,
Sebab semua kesilapan pada diri ,
Mungkin Myza terlalu mengharap ,
Tapi tak la tahap mengharap sangat
Bila hati ini dah mula sayang ,
Pasti akan terasa ,
Walaupun kita cuba berdoa bertubi-ii,
Sebab perasaan cinta ini sangat kuat ,
KuasaNya mengatasi semua . .

Wahai hati ,
Maafkan diriku kerana diriku terlalu gelojoh memiliki bahagia yang sementara ,
Myza cuba berdoa dan berfikir
" Kenapa Myza mudah sukakan seseorang terutama pada orang yang ambil berat dengan ku "
Semua anak sulung akan merasa begini ,
Walaupun semua orang tahu anak sulung ini garang kan ,
Hakikatnya dia seorang yang banyak berkorban demi benda-ii yang penting , mungkin??

Diriku nak perbaiki diri ,
Tetapi diriku perlukan seseorang yang beri diriku semangat ,
Diriku berkongsi masalah dengan ibu ,
Aoa-2 masalah ,
Contohnya berkawan dengan siapa ,
Sehari tak dengar suara ibu ,
Rindu berbuak-2 ,
Ibu cuma cakap berkawan la dengan siapa-2 ,
Allah Maha merancang ,
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalaNya,
Hanya makayah yang dapat memberi kasih sayang setulus hatiNya . .

Maafkanlah diri yang hina ni ,
Jika ada yang berfikiran diriku ni terdesak nak bercinta ,
Bukan begitu . . 
Diriku cuma luahkan isi hati supaya terubat keresah di hatiku walaupun sedikit ,
Diriku punya rancangan soal cinta ni ,
Kalau boleh ,
Diriku nak cuba mengenali seseorang supaya sampai masaNya ,
Kalau ada jodoh ,
Insyallah diriku dan si dia teruskan berkahwin ,
Bukan couple yang diinginkan ,
Cukup sekadar meluangkan masa sedikit bagi menggembirakan hati ni ,
Ia cukup bermakna bagi seorang wanita . .

- Dari seorang hamba Allah (UNR) -

Monday 19 May 2014

Ingatan untuk diriku dan dirimu...

Sekalipun dia mempunyai BANYAK DOSA pada Allah, siapa kita untuk MENCELA atau MENGATA tentangnya?
Sedangkan DOSA KITA BERTIMBUN dan PENGAKHIRAN HIDUP ,
kita pun belum tahu bagaimana ,
JANGAN mengata keburukan orang ,
seolah-2 kita sudah pasti ke syurga dan dia pasti ke NERAKA . 
Manusia itu pasti melakukan kesilapan,maka jangan rasa angkuh dengan orang yang melakukan kesilapan, kerana kita pasti sudah ada kesilapan kita sendiri,
dan kita pasti akan melakukan kesilapan lagi nanti . 
Jika kita mampu memimpin orang yang silap ,
kita hulurkan tangan kita . .
Jika kita tidak mampu memimpinnya ,
 cukuplah dengan kita tidak menghinanya . .



Jangan kata kepada seseorang yang dia tiada harapan untuk ke syurga Allah,
jahat mana pun dia,
 besar mana pun kesalahan dia,
besar lagi rahmat Allah Ta'ala ,
 Boleh jadi dia terselamat di syurga,
dan kita pula ke neraka . .

p/s : Semuanya BERMULA DARI HATI,
kerana itulah betapa pentingnya BERSANGKA BAIK pada insan yang lain,
Kita TIDAK SELAMANYA BETUL dan dia TIDAK SELAMANYA SALAH ,
sememangnya kita diciptakan,
 TIDAK SEMPURNA sifatnya . .
 jom muhasabah diri . .  :)

Monday 7 April 2014

Siapa diri ini di hati awak ? ?

Saya mungkin seseorang yg awak sangat sayang dan cinta pada ketika dulu ,
Saya mungkin sseseorang yg awak pernah sayang dan cinta ,
Saya mungkin cuma satu tempat persinggahan dalam hidup awak ,
Saya mungkin cuma satu babak dalam perjalanan cerita hidup awak ,

Saya mungkin cuma peneman bila awak sunyi ,
Saya mungkin jugak cuma teman bila awak gembira.

Saya mungkin antara orang-2 yg awak paling benci dalam hidup awak ,

Saya mungkin orang yg selalu menyakitkan hati awak ,
Saya mungkin orang yg selalu buat awak menangis ,
Saya mungkin orang yg cuba merampas kebahagiaan orang lain.

Tapi  kasih dan sayang saya kat awak ikhlas ,

Saya dah serahkan segalanya pada awak.
Sebab tu saya rasa saya seolah-2 hilang segalanya
bila awak pergi ,

Bila saya dah sayang seseorang ,
Saya susah nak terima kenyataan ,
Saya sedar lelaki di dunia tak semua macam tu . .
Saya doakan semoga awak bahagia bersama seseorang
insan yang wat awak tersenyum ,

Sedalam mana sayang dan cinta saya pada awak ,
Sekuat mana hasrat saya nak jadikan awak seorang suami yang sah ,
Sebanyak mana saya impikan nak bina keluarga saya dgn awak . .
Sebanyak  tu jugaklah saya nak tengok awak bahagia tanpa d'sakiti hati awak ,
Saya jugak nak tengok awak gembira d'samping
orang yang tersayang . .


Saya mohon pada awak ,Jangan buang saya terus dari hati awak ,

Biar memori saya dan awak ,
Awak dan saya simpan dan kunci jauh-2 dalam lubuk hati ni . .
Beri saya sikit masa pada diri ni ,
Saya tak mahu kita saling membenci ,
saling bermusuh ,
Awak tahu saya sayangkan awak ,
Dan saya tahu awak sayangkan saya ,
Yang dah lepas biarkan jadi memori ,
Kita sama-2 usaha dan berdoa utk masa depan ,
saya selalu doakan awak dari jauh ,
Insya allah ,
Ingat daku dalam doamu . . 


#MSS dalam memorišŸ˜¢